Tentang Kami

Zara Prima Empire Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembinaan yang berdaftar dengan CIDB dengan kelas G5 dan Kini sedang giat menjalankan projek pembinaan rumah ansuran mudah di seluruh semenanjung Malaysia dan berhasrat untuk menembusi pasaran Sabah & Sarawak dalam tempoh 2 tahun ke hadapan. Zara Prima optimis bahawa peluang untuk kekal bersaing secara sihat dan konstruktif sebagai pemain penting dalam industri pembinaan sentiasa terbuka dan semakin cerah untuk tahun 2024. Selain hartanah sebagai bidang utama, setakat tahun 2023, syarikat juga memegang kepentingan dalam beberapa perniagaan lain seperti pengimportan barangan hardware bagi pembinaan rumah dari rantau ASEAN dan juga perniagaan getah antara Malaysia-Thailand.

Satu Keluarga Satu Hartanah

Misi

Menuju Puncak Jaya Dengan Redha Allah

Visi

OBJEKTIF

  • Membantu rakyat memiliki aset tanah
  • Membebaskan rakyat dari sistem riba
  • Membangunkan kawasan setempat
  • Meraih redha Allah dalam kehidupan
  • Mencapai kejayaan dunia dan keselamatan akhirat

PIAGAM

  • Betulkan niat
  • Sentiasa belajar
  • Berterusan usaha dan doa
  • Sedia berubah ke arah baik
  • Berserah kepada Allah Yang Maha Esa

FALSAFAH

  • Hadapi cabaran dengan kesabaran
  • Mulai persahabatan dengan salam
  • Nikmati kejayaan dengan kesyukuran
  • Atasi rintangan dengan ketabahan
  • Hadapi permusuhan dengan persaudaraan

Barisan Kepimpinan

Drs. Ustaz Suhaimi Che Hussin

Pengarah Urusan

Drs. Suhaimi Bin Che Hussin seorang tokoh masyarakat yang bergiat aktif dalam bidang agama dan perniagaan. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab, SMU (A) Al-Fauziah dan menyambung pendidikan di peringkat sarjana dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Beliau bergiat aktif dalam bidang pembangunan usahawan tempatan sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Rantau Panjang selama hampir separuh dekad. Selain itu, beliau juga turut menjalankan beberapa perniagaan dalam bidang ladang sayuran, import eksport tekstil Vietnam-Malaysia, import eksport peralatan komputer Malaysia-Thailand, import eksport getah daripada sempadan Laos-Thailand-Malaysia untuk pasaran tempatan dan juga bidang peruncitan sebelum sepenuhnya terlibat dalam perniagaan hartanah dan pembinaan bangunan pada tahun 2020.

Dra. Ustazah Zafiah Osman

Timbalan Pengarah Urusan

Berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Puan Zafiah Binti Osman dan lebih dikenali dengan panggilan "ustazah" dan beliau seorang yang bergiat aktif dalam bimbingan agama khususnya golongan ibu-ibu di Kelantan. Beliau juga merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Ugama Arab SMU (A) Al-Fauziah dan menyambung pendidikan di peringkat ijazah dalam bidang Pendidikan Agama Islam di Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati @ UNI Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia. Beliau memulakan perniagaan dalam bidang peruncitan sebelum kemudiannya turut menceburi bidang import eksport tekstil dalam rantau ASEAN Vietnam-Indonesia-Malaysia-Thailand. Kini, selain menjawat jawatan Timbalan Pengarah Urusan di Zara Prima, Dra. Ustazah Zafiah giat menjalankan aktiviti ceramah motivasi dan keagamaan di masjid-masjid dan surau-surau terutama kepada kaum wanita di seluruh negeri Kelantan.

En. Zulfikar Helmi Korporat & Perundangan

En. Rausyan Fikri Multimedia & Pemasaran

Cik Anis Anisha Pengurusan & Teknikal

En. Ameer Haedar Projek & Pemantauan

Puan Siti Nadhirah Akaun & Sumber Manusia